Monday 14 March 2016

Lirik Lagu Terakhir Sufian Suhaimi

Mengapakah kita Selalu Berjauh Hati
Selalu menyendiri dan Terasa Hati
Apakah kita Tak Sehaluan Lagi
Berat Bagiku x2

Melepaskanmu bukan mudah bagiku
Untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu

Apakah salahku
Kau buatku begini
Selalu sendiri
Tinggal sendiri
Terus sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku

Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali menguasai diriku

Oh tuhan
Ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini

Oh tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku.

Diploma Pengurusan Perladangan Makanan Universiti Putra Malaysia Bintulu

Sunday 13 March 2016

Sudah ku tahu Projector Band

Seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai

Untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu
Mengapa masih lagiku


Mengapa masih lagiku
berdiriku menunggu cintamu
mengapa masih adamu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan

Sayang!!
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar

Sayang!!
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku
SELAMANYA ...

Mengapa masih lagiku
berdiriku menunggu cintamu
mengapa masih adamu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan

Sayang!!
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar

Sayang!!
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku
SELAMANYA ...

Sayang...
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar

Sayang...
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya
Aku pasti kau bahagia tanpaku
SELAMANYA ...

Tips Study Last Minit

Hai, Sha di sini. Jadi semester panas dah bermula dan kali ni nak kongsi tips study last minit. Ramai yang tertanya betul ke study last minute ni berjaya dan ada juga yang tak percaya. Sebenarnya terpulang kepada individu masing-masing dan keupayaan anda sama ada study last minute berkesan atau tak.

Jadi walaupun jarang-jarang study last minit, tetap ada jugak benda masalah terutamanya subjek yang tak berapa nak minat. Jadi, last minute lagi better dari study awal. Dan kat sini ada 5 points penting macam mana nak jadikan study last minute itu berjaya bagi korang.

1. Baca keseluruhan tajuk

Tulis list tajuk yang masuk dalam exam. Pastu kira mana yang kena baca banyak, mana yang tak faham dan mana yang dah mahir. Kalau dah mahir, bolehla skip terus tajuk tersebut. Sebab last minute memang tak sempat nak baca semua. Jadi baca hanya tajuk-tajuk penting agar masa exam nanti tak termiss apa-apa idea yang patut ditulis.

2. Baca sesuatu yang bernilai

Bernilai maksudnya menggunakan masa yang sedikit itu untuk sesuatu yang berhasil. Jangan baca dengan cepat dan banyak tapi tak ingat satu point je. Muhasabah diri dan pilih mana-mana tajuk yang dirasakan penting sahaja. Kalau ada yang dah mahir dan perlu diperkuatkan, buat yang tersebut. Jangan belajar benda yang baru kerana otak anda tak mungkin dapat memproses benda tersebut dalam satu jangka masa yang pendek dan hasilnya anda mungkin lupa kembali pada masa peperiksaan. Jadi, cari tajuk yang boleh dikuasai 100% dan mampu jawab yang terbaik sekiranya ditanya.

3. Spot soalan yang mungkin masuk dalam exam

Yang ni paling selalu buat. Dan semua orang memang buat. Bila dah siap baca kesemuanya, dan nak ulang balik, cari tajuk yang mungkin keluar dalam exam. Sama ada tanya senior atau rakan-rakan yang dah ambil subjek tersebut. Analisis cara soalan lecturer sama ada dia ulang soalan atau tak akan ulang soalan. Be rasional. Jangan baca perkara yang amat tak mungkin masuk dalam exam.

4, Buat nota ringkas / Jangan buat nota

Sekiranya anda budak buku teks dan memori photographic, stick to the text book. Buat nota hanya akan membazir masa kerana anda mungkin tidak akan menggunakannya di saat akhir.

Berbeza sekiranya anda jenis yang suka baca nota. Buat nota dengan point yang sangat ringkas kerana nota yang anda buat mungkin lebih baik dari apa yan tercatit di buku teks. Dan pada masa yang sama, anda ulang balik dengan cara menulis dan meningkatkkan lagi kuasa memori tersebut.

5. Study Group/ Study Secara Berkumpulan

Walaupun saya tak suka study group, tapi study group ada banyak kelebihan sekiranya menggunakan masa dengan baik.

Study group adalah cara yang paling senang dan cepat untuk mengumpulkan maklumat yang anda mungkin tertinggal. Dan pada masa yang sama, rakan anda mungkin boleh membantu dari segi pengajaran yang lebih faham serta membetulkan apa yang silap.

Namun berhati-hati apabila study group. Elakkan perbualan yang tidak berfaedah dan fokus pada matlamat. Gunakan alat bantuan yang ada dengan sepenuhnya dan bantu satu sama lain.

Friday 27 November 2015

Tidur Mesti Berselimut ..

tidur mesti berselimut, ..
tak balot satu badan, kalau dah tutup bahagian kaki pun dah cantekk *thumbs up
takde selimut, : bantal, kain pelikat ayah, kain batekk, beg.  takkesah lah asalkan kaki aku dah
cover. kalau tak selimut, silap haribulan esok kau dah jadi orang lain. Sebab malam tu, roh kau dah tertukar dengan roh roh yang merayau tengah malam. Iyeee.. percayalah.==,

Assalamualaikum.
Ni nak buat survey, sape kat sini yang tidur WAJIB berselimut ? Yang jeniss takboleh tinggal bantal busukk tu takpelah. egh. Dimaafkan. Aku memahami. Eishh, takkan takde kot. Aku gerenti, ramai ni nak nak yang jenis suka layan cerita hantu hari Jumaat kat tv3. Dulu lah.. Skrg dah tukar slot Zahra eh ke Zehra. Mana-manalah. Haha XD Banyak sebab kenapa aku kalau tidur MESTI berselimut.



Walaupun 1/4 je kegunaannya kat badan aku ni, highlight part mesti bahagian kaki lah kan. Musim panas, musim kemarau, musim tengkujuh sekalipun, selimut , jangan ditinggalkan. 1/4 tu cover kaki. Yang bahagian tertedah cari hangin kipas. Mula-mula terselak sikit bahagian lutut. Esok pagi, dah takde nampak kelibat selimut. Sape ambik entah #jatuh katil ke.

1. Pernah 'tersepakk' something waktu tengah raba-raba cari selimut.
Masa ni darjah 3. Waktu tu aku terjaga malam. Mata tak celik pun. Setakat nampak tak nampak je. Maklumlah gelap kan. Tangan ni je yang sibuk bekerja. Teraba-raba cari manalah selimut kesayangan aku nih. Patutlah sejukk, takberselimut rupanya aku malam tu. Eh eh sedap sedap aku raba-raba. .. selimut dah jumpa. Biasalahkan, kaki ni terajang sana terajang sini nak 'bukak' selimut tu. Tersepakk pulak menda lain. Apa tu ? Manalah aku tahu yang oii. Dah la strategic betul tempat dia time tu. Betul-betul kat jari kaki aku.

Nampak memang taklah. Mata pun entah bukak entah tertutup. Tapi masa sepak tu memang betul-betul terasa kat jari-jari kaki aku ni. Huh! Buat-buat taktahu pebenda tu pastu selimut satu badan.

2. Hantu akan masuk melalui ibu jari kaki
Ni kes selalu suka tengok cerita yang mengubat orang sakit kat astro Prima dulu lah. Apa ntah tajuk rancangan tu. Adalah pak ustaz ni cakap, hantu ni tempat paling senang dia nak masuk dalam badan manusia ialah melalui ibu jari kaki. hah! Dah pak ustaz cakap macam tu apa lagi.. tidur mesti cover lah sampai ibu jari kaki. Tak pun buat shortcut. Cover dari lutut sampai jari kaki jer. Aku
takk ! haha Dengan ibu jari tangan sekali aku tutup. So, masa nak tidur aku genggam dua-dua tangan aku. Pastikan ibu jari duduk dalam. Faham ke idok ? haha Dulu laa. Sekarang dah tak macam tu da. Kekadang je lepas layan cerita seram sorang-sorang. Teringat pulak kata-kata pak ustaz tu ^^

3. Rasa macam tak berbaju
Eh taktipu. Betul laa. Kalau takberselimut kan, korang tak terasa diri ni macam terdedah sangat ke ? Even dari atas sampai bawah korang pakai baju. Siap dengan stokin bagai tapi bagi aku kalau takberselimut terasa macam . .. to open. Hangin kipas kuat sangat. hoho Tapi, kalau malas cari selimut, setakat pakai stokin pun takpe. Tapi kan.. otak aku yang kreatif ni pernah berimaginasi,

nanti kalau hantu tu tanggalkan stokin yang kau pakai macam mana ? Pastu dia masuk lah thru ibu kaki kau lepas dia tanggalkan tu. Eh, kreatif betul otak kau nakk ! =='



4. Nak mati, takyah selimut
Hihi Ajal dan maut ditangan tuhan betul tak ? Point kat sini sebenarnya, kalau dah tahu musim sejuk, musim langit mencurahkan air hujan, musim air pasang.. takyah tunjuk power sangatlah konon-konon tak sejuk. Mestilah berselimutkan. Kita ni manusia, bukannya polar bear yang kulit tebal tu. Even kura-kura pun menyorok dalam cengkerang bila sejukk. Eh ye ke ? O.o hihi Teori diri sendiri.

Lagi satu, aku ni kalau tidur #kat rumah jelah Mesti kena ada bantal paling kurang 5. Paling kurang okey. Bukan paling maximum. Minimum 5, max lantak lah. Nanti aku susun keliling katil kasi muat. haha Aku pernah baca tak ingat kat mana, yang mengatakan orang yang tidur banyak bantal ni sebenarnya seorang yang kurang berkeyakinan. Senang cakap penakutlah. ahahah Tapi, yang tu aku admit. Aku memang kurang keyakinan. Penyakit orang melayu sebenarnya =,=

Dah dah. Dari selimut sampai ke bantal. Nantikan sampai saiz tilam aku cerita. The point is, aku memamg tidur bertemankan selimut. Tidur tanpa selimut ibaratkan menangis takbersebab. Eh macam takde kena mengena je. hihi Takpelah, maksudnya bagi aku selimut ni satu keperluan untuk tidur. Tidur takberselimut, jangan sekali. andwe.. andwe. !

tak nak dah kenangan tersepakk something tu berulang lagi. Tak sanggup aku nak hadapnya.
haha Walaupun dah satu dekad, fresh lagi kenangan tu dalam kepala aku. oh! Apalah agaknya 'makhluk' yang menumpang kat kaki aku haritu eh ?? Eh seram plak kalau fikir.



BOAT NOODLES at TIMES SQUARE ..

Assalamualaikum.
Kecoh kot boat noodle dah bukak kat TS ! Since sem 4 ni, aku takpernah lagi jejakkan kaki kat TS. Apa perubahan, kekurangan, penambah baikkan pun aku taktahu. Since duduk study Sarawak rutin shopping aku dah makin berkurengg --' Dah laa MARA takdapat. Sobs sobs T^T Kalau cerita pasal MARA, lari mood terus. Okey, lupakan pasal 'bapak angkat' aku tu . Nasib elaun dari PAMA (papa mama) masuk. XD


Moh laa datang kat Boat Noodle ni weyhh. Confirm korang semua takmenyesal. Aku yang dah makan tengah hari tadi, still craving lagi nak pergi sana. Sebab .. sebabnya aku makan 3 magkuk je. tsk tsk. Orang cakap pedass, so aku takutlah nak order banyak, kan takhabis.. aku yang rugi, Asilah yang untung :' D HAHA Macam biasalah, aku pergi dengan Asilah. Dia memang 'datemate' aku daaa. Orang lain nak ikot, tapi tulah. .. masing-masing ada masalah peribadi sendiri :

- duit takcukup
- class mandarin (lagipun hari ni ada test oral)
- kem apantah. .. Kawan aku sendiri taktahu kem apa.
- dan masalah dalaman yang lain. Takkan aku nak list kan jugak kot HEHE

Tapi biasalah studentkan.. Masalah paling 'win' sekali memang duit takcukup lah jawabnya. Dalam erti kata lain, nak berjimat. Akhir bulan baru boleh nak pergi try tempat makanan macam ni Nak shopping ke.. Kan lari bajet sara hidup kat Keyy'el ni, merana kau, sampai elaun MARA masuk  =,-

Berjaya Times Square 2nd Floor, East Wing

Located kat 2nd floor. Senang je nak cari Boat Noodle ni. Senang cerita, cari kat mana lift yang transparent (yang berkedudukan kat tengah-tengah TS), then Boat Noodle bertentangan je dengan lift tu. Takpun, korang akan nampak kedai kasut (Shoe's Bar), korang terus je.. straight don't belok-belok.Sebab boat noodle berada kat 'dalam' skit. Paling hujung kalau aku taksilap laa.


Interior design macam biasalah.. adalah skit suasana konon-konon berada kat Thailand. Waiter dorg maybe anak jati dari Thai kot. Dengan 'slang' english takberapa english sangat. Macam orang melayu speaking lah XD HIHI Mesti ada 'sleng' melayu skit kan..

Where are you jadi, "whey r uuu.." HAHA Dengan lagu thailand berkumandang pastu service pun okeylah sebab masa tu takdelah ramai sangat orang sampai beratur. Aku pergi dalam pukul 12 tengah hari. So, bukan waktu orang serbu lagi. Harga boleh tengok gambar atas. Yang penting, TAKDE CHARGE, TAX dikenakan. Tu yang paling aku suka. HIHI Tapi, seat dia takdelah banyak sangat. So, kalau korang pergi dalam pukul 1 petang keatas, maybe kena beratur lah kot. Sebab sorang-sorang makan bukanya sekejap. Macam akulah. (peace) Sebelum makan, snap gambar dulu.. sambil tu, borak-borak pasal saham hari ni jatuh ke tak, jumpa secret admirer ke tak kat kampus tadii .. hihi

Rate price satu bowl : RM 1.90
Setakat hari ni, satu bowl tu harga dia dalam RM1.90. So, bagi aku harga tu sedarhana. Takdelah mahal sangat dan takdelah murah sangat sebab kandungan mee dalam mangkuk tu sekali suap je, kalau kapasiti mulut korang saiz XXL laaa XD hehe Tapi aku tadi, dalam 2-3 kali suap dah habis. Aku order 3 bowl je. InsyaAllah nanti, kalau ada rezeki nak pergi lagi. Alaaa, TS je kot. ..
Ada dua jenis pilihan : ayam @ daging. Dan ada yang pedas, dan ada yang agakk pedas. Tak faham? hihi Takpe, nanti waiter tu terangkan dekat korang : ) Bagi aku masa makan 1st bowl tu, takterasa lagi pedas dia. Masuk bowl ke-2 okeyyy, pedas laa jugak tapi takdelah sampai takleh telan. Aku yang jenis takmakan pedas ni pun boleh pelahab 3 bowl, takmungkin korang takboleh kot ? 1st time nak try, so aku taknak laa jadi tamak plak nanti. Takcukup, boleh order lagi kan ;D
Nampak kan berapa 'helai' je mee dalam tu? So, kalau nak jadikan lunch ke, 3 takcukup beb! 5 keatas, insyaAllah. So, selagi dompet takkempis lagi tu kan, jom lah try boat noodle ni. Aku kena bayar RM5.70 untuk 3 bowl. Darabkan je RM1.90 dengan jumlah bowl yang korang beli. Dan selagi takde charge dikenakan ni, baik korang serbu cepat-cepat HEHEHE
Lagi satu, korang kena bayar kat counter tau. Jangan jadi macam kitaorang tadi.. ==' hahaha Sebenarnya, aku taknampak yang mana satu counter nak bayar. Signboard dalam bahasa thailand. Apa yang signboard tu maksudkan pun aku taktahu. So, aku cakap kat Asilah try tanya waiter dulu, kat mana counter nak bayar kan. Sebab meja sebelah kitaorang tadi, pergi bayar sendiri kat counter. Ni bukan macam Pizza Hut ke, Papa John ke yang angkat tangan pastu panggil waiter then masukkan duit dalam sarong beg tu pastu dorang kasi balance tu. Ni kena self-service.
Kau makan, kau sendiri yang kena bayar =,= ahhaha
Asilah, dia panggil waiter tu pastu tunjuk duit kat waiter tu. Dia nak suruh waiter tu bayarkan untuk kitaorang. Sebab dia cakap, kalau kat restaurant lain kan, kalau customer taktahu kat mana counter tu, dia just hulurkan duit tu then waiter tu datang lagi sekali just bagi balance. hadoiii asilah.. asilah..
Pastu waiter tu tunjuk kat kitaorg kat mana counter. Then dia gelak. Tapi gelak sinis jelah. Malunya aku time tu.. hahah Aku tanya asilah kenapa dia bg duit kat waiter tu, jawapan dia macam aku terangkan tulah. --' So, please jangan jadi macam kitaorang. ^^

Kwangsoo dahh ade INSTAGRAM :}

Assalamualaikum.
Well, tadi baru tahu yang Kwangsoo finally .. yeahh FINALLY join jugak instagram! Sebelum ni, member running man yang lain dah lama join insta, tapi Kwangsoo je baru nak balas cinta aku. hahahhahaktuiih XD So, lepas ni, memang setiap masa aku stalk Kwangsoo, nak tahu jugak siapalah geranan perempuan bertuah yang dapat menawan hati dia tu. Kalo taksilap, mesti dia tengah 'in relationship' dengan someone. Siapa ntahh.



Member RM lain pun aku follow jugak. Gary, Jongkook dengan Sukjin. Tu pun, Sukjin baru je.. baru je aku follow tadi. hahaha Just nak support dia. Nantikan tak fair plak --' So, for those yang belum tahu lagi apa insta member-member RM termasuk Kwangsoo, ni listnya :

Lee Kwang Soo - https://instagram.com/masijacoke850714
Gary - https://instagram.com/gaegun
Kim Jong Kook - https://instagram.com/kjk76
Ji Suk Jin - https://instagram.com/jeeseokjin

Masijacoke850714 mean :
Berdasarkan sumber, 'masijacoke' tu maksudnya, "Let's drink coke" . Kenapa coke ? Kalau korang ingat lagi episode yang dia minum coke satu botol macam tuuu je.. Macam minum air kosong. Ingat tak ? Air coke kan bergas so maybe dia nakgitahu laa dia ada bakat dalam minum coke ni. hehehe Pastu yang nombor belakang tu, ialah birthday dia : July 14th, 1987

Okey tu je. Sekian.